*sambung makan ketupat. Lepas raya baru aku mula update blog semula. kahkahkah
Saturday, September 3, 2011
Thursday, June 9, 2011
KENAPA KHUTBAH JUMAAT RAMAI ORANG TIDUR?
Alhamdulillah kita masih hidup sehingga hari ini. Walaupun kita berasa bangga kita semakin tua, tapi kita sering lalai bahawa apa yang bakal kita hadapi ialah kematian. Dan perlu kita tahu bahawa kematian bukan lah pengakhiran segalanya, tetapi ia adalah permulaan kepada sesuatu yang lebih indah jika kita betul betul arif tentangnya.
Bukan pasal mati yang aku nak cakap kali ni, tapi disebabkan pukul 5 pagi ini ialah hari jumaat, aku nak cakap pasal Solat Jumaat yang bakal kita laksanakan sebentar lagi. Bagi lelaki, solat jumaat wajib. Kecuali kalau ada bencana, uzur (betul betul tak larat) dan tak ada alasan malas.
Apa yang aku perhatikan dan aku alami sendiri ketika solat jumaat ialah ketika khatib (pembaca khtbah) sedang berkhutbah, kebanyakan orang akan menongkat dagu, lantas tidur atau hilang dari alam masjid. Ada juga yang bantai berborak padahal terang2 tak boleh cakap time khutbah. Ada juga (termasuk aku) yang mendengar khutbah seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Astagfirullah.
Pada pandangan aku, benda benda macam ni terjadi sebab:
1. Khatib yang membaca khutbah terlalu lemah, lembab, tak semangat. Maka jemaah pun jadi sayur time dengar khutbah.
2. Mungkin isi isi khutbah terlalu kompleks atau bahasanya terlalu baku. Membuatkan jemaah merasa bosan dan pada masa yang sama khatib bagai bercakap dengan dinding.
3. Lagi bagus kalau isi isi khutbah bukan sahaja di baca malah diolah sendiri mengikut cara khatib sendiri. Dan tidak menggunakan perkataan baku. Sebagai contoh,
"Saya dengan ini menyarankan para hadirin", tukar pada "saya nak bagitau jemaah semua"
Barulah jemaah terasa seperti sedang berbicara dengan khatib.
4. Khatib yang tua tua sepatutnya bagi peluang pada imam muda untuk berkhutbah sebab imam muda ni lebih cargas sikit. Suara pun lantang, lagi bagus kalau ada imam yang baca doa/ayat quran tu merdu suaranya.
5. Mungkin kena letak air-cond dalam setiap masjid baru orang cergas. Kalau letak kipas, panas nanti orang pun jadi lemah. Bila dan lemah, terus tidur tak dengar khutbah. Tapi ada sesetengah masjid, bila dah pasang air-cond, budak2 kecik pulak ramai. Pegi bantai diorang berborak dalam ruang solat utama tu.
Apa pun, mengantuk ke, bosan ke, kena jugak datang dengar khutbah dan solat berjemaah. Dan kena ingat! (juga pada diri aku) Yahudi tak takut solat jumaat je, masjid penuh. Tapi Yahudi takut Solat Subuh pun masjid lagi penuh. Sebab bila Subuh, masjid penuh, time tu umat Islam betul betul berdisiplin (bangun awal), hormat agama, menegakkan syiar Allah (pergi masjid), dan bersatu (solat jemaah subuh).
MASJID RM8 JUTA, JEMAAH 8 ORANG #SADIS
Wallahu'alam.
notajumaat : aku lagi suka kalau khutbah jumaat, khatib mengolah isi khutbah dengan kata/ cara sendiri. Tak 100% membaca.
Sunday, May 29, 2011
Adakah Bukit Broga boleh dikira sebagai satu trend?
(picture by sungimann)
Kepada sesiapa yang tak tahu Broga ni kat mana, Bukit Broga ni terletak kat Bandar Broga, Semenyih antara sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Kira kira 50km dari bandaraya Kuala Lumpur dan 33km dari Seremban.
Bukit Broga ni takdelah tinggi mana nak hike, dan tak adventure langsung. Dan atas bukit tak ada apa apa pun, air terjun tak ada, sungai apatah lagi. Yang ada hanya lah lalang, jadi kepada sesiapa yang pergi situ mungkin hanya lalang. haha sory brother. terlepas cakap. lalang atas bukit ni lebih elok jangan dipijak kerana boleh menyebabkan kulit gatal. Tebal sangat lalang ni, berapa tahun tak tebas.
Yang ada kat atas ni cuma look out point atau dalam bahasa melayunya titik keluar lihat. haha. Kalau Dragon Ball ada 7 biji semua sekali tapi kat puncak bukit ni ada look out point dan tiga semua sekali.
Apa yang aku pasti, orang2 yang naik atas ni kebanyakannya naik waktu subuh. Lepas solat subuh, dah boleh gerak. Kalau tak solat subuh tu, lantak kau lah. Buat apa pandang ciptaan Allah, tapi mata hati tetap buta tak pandang siapa yang mencipta bukit tu. Rugi rugi rugi.
Kalau nak panjat bukit ni, elok pergi weekdays sebab weekend ramai nak mampus. Aku dah cakap dah, lalang je yang naik atas bukit ni. Baik korang pergi Janda Baik. Situ ada resort banyak, sejuk sebab bawah Genting Highland, lepas tu ada sungai air nya dari air bukit. Dan ada air terjun Lata Tampit 7 tingkat. Dari korang pergi Broga yang tak ada apa apa. Janda Baik hanya 30km dari Kuala Lumpur. Sangat dekat. Kampung Janda Baik ni betul betul kat bawah Genting Highland.
KLIK SINI UNTUK TENGOK LATA TAMPIT, JANDA BAIK
KLIK SINI UNTUK TENGOK LATA TAMPIT, JANDA BAIK
Thursday, May 26, 2011
Tetamu Allah
Bismillahirrahmanirrahim
Kalau kita datang masjid/ kuliah/ majlis ilmu, apa yang kita rasa? Ada yang rasa bahagia, ada yang rasa tenang, dan macam macam lagi. Kita pernah tak rasa bersyukur kerana dapat hadir di masjid/ kuliah/ majlis ilmu?
Sepatutnya rasa bersyukur perlu hadir kerana kita dipilih oleh Allah. Kita adalah tetamu Allah yang dijemput untuk hadir ke singgahsana Allah (majlis/tempat yang mendekatkan diri pada Allah). Kita patut rasa beruntung kerana ada orang Allah tak jemput, Allah letak dia dekat disco, dekat pesta, konsert dan sebagainya.
Orang yang dekat disco atau leka duduk kat melepak warung merasa amal mereka sudah mencukupi, manakala orang yang yang lepak masjid merasa diri mereka berlumuran dosa, masih tidak cukup amal. Mungkin?
Berbalik kepada tajuk, kenapa aku cakap kita tetamu Allah? Ada orang yang dah nampak kenapa aku cakap kita tetamu Allah, ada juga orang yang tak faham.
Ini melalui pandangan aku yang lemah la. Bagi aku, kita dianggap tetamu Allah adalah kerana kita dijemput oleh Allah. Allah yang meletakkan kita dan menetapkan kita untuk hadir ke majlis ilmu/ masjid/ menunaikan haji. Sebagai contoh :
#1 Ada orang buat fb event, kemudian dia nak invite kawan kawan dia dtg event/ majlis ilmu tu. So, dia akan pilih kawan kawan dia yang dia tahu pasti akan datang. Mungkin ada 2-3 orang kawan2 dia yg tahu tak datang tapi dia invite juga sebab dia nak berkongsi ilmu. Kemudian Allah lah yang menggerakkan hati, mata dan jari nya untuk invite orang2 yang betul2 nak hadir. Disebabkan kawan2 yg dia pilih tu merupakan jenis kawan yang cintai majlis ilmu/ mendekatkan diri pada Allah, maka dia pun terus invite kawan dia tu.
Nampak tak konsep macam mana Allah nak jemput tetamu dia melalui contoh #1?
Kita boleh ambil dari situ yang kalau kita nak dekat diri pada Allah, kita kena ada set dalam otak dan hati kita yang kita ikhlas nak dekatkan diri pada Allah. Ada satu hadis dari Abi Hurairah r.a. bahwa Rasullullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang mendekat kepada-Ku satu hasta maka Aku akan mendekat kepadanya satu lengan, dan barang siapa mendekat kepada-Ku satu lengan maka Aku akan mendekat kepadanya dua lengan, dan jika ia menghapd kepada-Ku dengan berjalan maka Aku menemuinya dengan berlari”. (Hadits diriwayatkan oleh Bukhari-Muslim)" Allah suka hamba hamba Nya yang nak dekatkan diri padaNya. Kalau kita yang jenis lalai, tak ambil port pasal majlis ilmu, macam mana kawan2 kita yang rajin ke majlis ilmu tu nak invite kita. Betul tak?
#2 Ini konsep haji pulak. Sebab apa orang yang pegi haji itu dianggap tetamu Allah? sebab macam2 kemungkinan yang boleh berlaku kalau nak pergi Mekah tu. Antaranya kapal terbang rosak/ terhempas, tiket habis, kouta dah penuh, dan macam macam lagi. Siapa yang dapat pergi itu kira tetamu Allah lah, sebab Allah tak bagi apa apa halangan untuk orang tu datang ke Mekah.
Nampak tak konsep macam mana Allah nak jemput tetamu dia melalui contoh #2?
Perumpamaan, kita nak hadir ke Annual Dinner syarikat kita, mesti ada kat jemputan kan? Kad jemputan tu mesti ada orang yang tulis kan? Jadi bila dah dijemput, kita pun hadir dan kalau berpeluang dapatlah kita bercakap dengan bos dan luahkan rasa tak puas hati. Macam itulah dengan kita pergi haji.
Maaf kalau ada yang tersalah maskud atau sukar untuk faham, sila betulkan dan beri pandangan yang lebih baik :) Sekian dari hamba Allah yang hina dan dina yang cuma mahu Allah dalam hidupnya tapi disebabkan dugaan akhir zaman yang kuat membuatkan dia masih teraba raba dalam kesamaran. (panjang betul deskripsi diri)

Sunday, May 15, 2011
Kita ingat dunia macam...,tapi dunia ini sebenarnya...
#1 Kita ingat dunia macam rumah kita yang kekal, tapi dunia ini sebenarnya ibarat pasar.
Kita datang dari alam roh, selepas 4bulan, janin ditupkan roh. Di alam rahim, rezeki, tarikh mati, kebaikan dan keburukan yang akan dilakukan telah ditetapkan. Kita pun membesar mengenal dunia.
Bila kita dah besar, kita berkenalan dgn dunia dan alam jasad ini. Kadang kala kita mengenal dunia dgn cara yg salah. Kita menyangka dunia ini sangat indah dan berkekalan. Kita membina rumah yang besar, kereta mahal tak cukup satu, harta segunung disimpan dalam bank.
Kita sangka dunia ini kekal, padahal dunia ibarat pasar. Kita datang seperti pedagang, mencari barang atau bekal untuk meneruskan perjalanan. Bekal kita ialah amal dan taqwa. Kalau orang kubur boleh cakap dengan kita, dia akan cakap "apa yg perlu kau bawa dalam kubur ini hanyalah taqwa." Kita kumpul amal taqwa kita, kemudian kita berpindah ke alam barzakh. Selepas alam barzakh, alam akhirat iaitu alam kekal. Amal taqwa kita akan dihisab pada hari yang Allah murka-semurkaNya.
#2 Kita ingat dunia sangat berharga, tapi dunia ini sebenarnya macam tahi/ bangkai.
Kita diajar dari kecil supaya bekerja untuk mendapat gaji yang lumayan. Gaji yang lumayan untuk beli rumah, kereta, barang mewah, tapi zakat dan sedekah amat susah. Sampai ada yg menghalalkan cara yg haram untuk dapat gaji yang lumayan.
Hakikatnya dunia ini kotor (aku pandai cakap je) macam najis dan bangkai. Tak bernilai langsung. Orang syahid sanggup mati syahid 10 kali kat dunia untuk dapat syurga. Begitu hebatnya shurga ciptaan Allah. Allah letak kita kat dunia supaya kita manfaat dunia ni. Kita jadikan najis ini sebagai baja. Kita semai baja ni elok2, supaya dapat hasilnya di akhirat kelak. Ada orang semai baja ni, tapi tak dapat hasil kat akhirat, dapat kat dunia je. Sebab niat dunia, dapat dunia. Niat Allah, dapat hasil di akhirat.
Kalau orang nampak pahala, orang sanggup berbunuhan semata mata nak buang tahi cicak dalam surau. Kita diuji dengan ditutup hijab dari nampak pahala, dosa, neraka dan shurga.
Untung dunia (invest, forex, MLM) orang tak nampak, tapi dok kejar pasaipa? Untung akhirat terang2 Allah dah bagi tahu, iaitu Taat dan Taqwa pada Allah je, tapi orang taknak berebut. (sama macam aku)
#3 Kita ingat kita perlu berkhidmat untuk dunia, tapi dunialah yang perlu berkhidmat untuk kita.
Nabi Muhammad SAW selalu berdoa agar "menjadikan dunia didalam genggaman kita dan Allah dalam hati kita". Hati ada Allah dah cukup. Ada Allah dah ada semua. Memang susah nak letak Allah dalam hati, tapi kita kena berusaha dengan istigfar (sedang mencuba), sentiasa bertaubat dan berzikir.
Kita bukan berkhidmat untuk dunya sebab dunya pun akan hancur macam kita. Kita dijadikan lebih mulia dari bumi, bulan dan matahari. Biar bumi berkhidmat untuk kita. Example ; kita taat pada Allah, singa akan taat pada kita. Tak percaya buat. (kalau kena makan dengan singa, jangan salahkan aku. Itu takdir namanya)
Aku cakap lebih suruh orang beriman, tapi aku agungkan dunia jgk. Ada hati nak sedarkan orang. Apa nak buat, aku sekadar menulis. Allah yang memberi hidayah pada orang. Bila dah rasa kebesaran Allah, cepat2 ucap ALLAHUAKBAR!
Kalau ada salah, betulkan. Kalau ada yg baik, manfaatkan.
Jangan terkejut kalau kejap lagi malaikat maut bagi salam.
Subscribe to:
Posts (Atom)